Aplikasi yang direka untuk memudahkan operasi klinik anda

Boleh digunakan pada peranti tablet juga.

Kami memahami bahawa jururawat dan kakitangan kaunter hadapan sentiasa bertukar ganti. Proses melatih kakitangan baharu menggunakan sistem boleh memakan masa yang lama.

Dengan kumoBiz, itu bukan lagi masalah. kumoBiz adalah versi ringan (Lite version) aplikasi web kami, direka khas untuk kakitangan barisan hadapan anda menguruskan operasi harian seperti janji temu, profil pesakit, dan jualan.
DIREKA KHAS UNTUK TABLET PADA IOS DAN ANDROID

Skrin yang lebih besar memudahkan operasi

Mudah digunakan, dengan keselamatan terbina dalam dan ciri operasi yang penting. kumoBiz menjadikan penggunaan kumoDoc™ lebih menyenangkan bersama pesakit.
RAKAM TANDATANGAN DIGITAL PELANGGAN

Sesuai digunakan bersama stylus

Mempunyai stylus atau Apple Pencil? Rakam tandatangan pelanggan anda dengan mudah untuk invois, penebusan perkhidmatan atau produk, dan borang elektronik (e-form).
Sedia Dengan Gerbang Pembayaran & EFT

Integrasi mudah dengan Gerbang Pembayaran dan Terminal

Sama seperti versi web, kumoBiz dilengkapi dengan ciri yang membolehkan integrasi gerbang pembayaran (payment gateway) dan peranti terminal pembayaran.
DATA MASA NYATA

Sentiasa dikemas kini. Sentiasa selaras.

Data sentiasa diselaraskan dengan storan awan (cloud). Jadi, jika transaksi dilakukan melalui aplikasi web, kumoBiz akan mengetahuinya serta-merta. Ini memudahkan anda menggunakan pelbagai peranti tanpa perlu risau tentang kehilangan data.
Keselamatan Terbina Dalam

Dengan kawalan Hak Akses ke modul atau akses luar pejabat

kumoBiz dilengkapi dengan ciri akses keselamatan terbina dalam yang bukan sahaja membolehkan anda mengawal akses ke modul tertentu, malah menghalang akses data daripada peranti yang tidak dibenarkan.
Diselaraskan dengan Tempahan Dalam Talian

Terima atau Tolak Permintaan Tempahan

Apabila tempahan dalam talian diterima daripada MeTIME Wellness, kumoBiz akan menerimanya secara automatik; menjadikan integrasi ini masa nyata dan lancar.
Sokongan dan Penambahbaikan Berterusan

Sokongan dan ciri-ciri yang membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya

Kagumkan pelanggan anda dengan penggunaan aplikasi kami dan ciri-cirinya. Bukan sahaja anda yang akan terpeka, malah pelanggan anda juga. kumoBiz akan sentiasa dikemas kini dan diperbaik dari semasa ke semasa. Masih tidak yakin? Lihat sejarah perubahan aplikasi kami di App Store dan anda pasti akan percaya.

Tinggalkan sistem pengurusan klinik generasi lama dan naik taraf kepada Sistem Operasi Klinik berasaskan awan semua-dalam-satu sekarang!

Sudah tiba masanya untuk menaik taraf daripada sistem pengurusan klinik yang ketinggalan zaman kepada Sistem Operasi Klinik kumoDoc™ berasaskan awan semua-dalam-satu. Dengan rekod prestasi yang terbukti di seluruh platform Kumo™, kami telah berjaya menyokong industri Estetik Perubatan, Kecantikan dan Kesejahteraan, Pergigian, serta Veterinar, dengan memberikan pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk mencapai hasil yang luar biasa.

Didorong oleh inovasi berterusan dan pembangunan ciri baharu dalam platform Kumo™, produk kami dibina untuk kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang. Kami yakin bahawa Sistem Operasi Klinik kumoDoc™ bukan sahaja akan memenuhi keperluan operasi semasa anda tetapi juga menyokong pengembangan perniagaan masa hadapan dan keperluan penjagaan kesihatan yang sentiasa berkembang.

Industri Penjagaan Kesihatan yang Kami Sediakan Perkhidmatan

Doctor at family & paediatric clinic

Klinik Keluarga & Pediatrik

Doctor in obstetrics & gynaecology

Obstetrik & Ginekologi

Ophthalmology eye checkup

Oftalmologi

General practitioner wellness centre

Pusat Kesejahteraan Perubatan

T&CM

(Perubatan Tradisional & Komplementari)

KETAHUI LEBIH LANJUT
MENGAPA PILIH KAMI?

Kami merupakan platform mesra pengguna, disokong oleh pasukan yang komited dan direka khusus untuk klinik GP & Penjagaan Primer, pusat penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, serta para doktor untuk meningkatkan produktiviti secara ketara dan membina asas yang kukuh untuk kejayaan jangka panjang.

Diperakui ISO/IEC 27001:2022

Diperakui ISO/IEC 27001:2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat oleh SIRIM QAS International, diakreditasi oleh Standards Malaysia, UKAS dan IQNET

Menyokong Pengurusan Pelbagai Cawangan

Data disegerakkan di semua cawangan untuk pengurusan profil pesakit, pelarasan inventori, kakitangan, promosi, dan pelbagai lagi yang lancar serta cekap

Sistem Operasi Klinik GP Semua-dalam-Satu

Ciri-ciri bersepadu tersedia melalui aplikasi web dan mudah alih yang berfungsi dengan peranti Google Chrome, iOS dan Android

Mesra Pengguna, Memberi Tumpuan kepada Butiran

kumoDoc™ direka khusus dengan mengutamakan keperluan doktor dan jururawat. Sebaik sahaja anda mula menggunakannya, anda pasti tertanya-tanya mengapa anda menunggu begitu lama untuk beralih kepadanya :)

Selamat, Berdaya Tahan & Berasaskan Awan

Sistem yang berdaya tahan, selamat, dan berasaskan awan dengan sandaran harian automatik, memastikan data anda dilindungi melalui penyulitan Microsoft Azure dengan SLA 99.9%

Nikmati Kemas Kini Sistem Seumur Hidup

Manfaatkan penambahbaikan ciri seumur hidup secara berterusan, pembaikan sistem, peningkatan keselamatan, dan sokongan dedikasi untuk memastikan operasi anda berfungsi dengan prestasi yang optimum

Tiada Komitmen Diperlukan

Alami proses pendaftaran tanpa kerumitan tanpa komitmen kontrak, tiada bayaran pendahuluan, dan tiada yuran pembatalan, memberikan anda fleksibiliti sepenuhnya

Sokongan Pelbagai Bahasa Tersedia

Tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina (中文), Thai, dan Bahasa Indonesia, dengan pilihan bahasa tambahan yang akan terus ditambah bagi menyokong lebih ramai pengguna
2,500+
Klinik & Pusat Kesejahteraan
11
Negara Liputan
10+
Tahun Pengalaman Industri

Seperti yang Dipaparkan Di

  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME
  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME
  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME
  • "A good system for a clinic, it helps me to monitor my multi-outlet clinics. kumoDoc™ can link patient data and records within my different outlets, and after-sales service is good."
    DR. SUDHAR, Manager
    Klinik HealthQuarters
  • "kumoDoc™ is a good system for clinic use, user-friendly and systematic. Very convenient as it is cloud-based and can access in multiple devices with privacy control. Would definitely recommend this CMS to my fellow colleagues."
    DR. TIONG, Founder
    Dr.9 Clinic
  • "Kami pilih kumoDoc™ kerana ia sangat mesra pengguna, dari proses pendaftaran hingga nota kes doktor dan urusan farmasi. Sistem ini juga mampu menyusun data untuk analisis, mematuhi keperluan KKM, serta membolehkan pengguna memuat turun semua laporan dengan cepat."
    MS. NUR ADIELA, Operation Executive
    Klinik Al-Farabi
  • "Since the first day of sign up, kumoDoc™ technical team has been very responsive on taking suggestions and making improvements. The system is also very smooth and user friendly."
    DR. ARSHAD, Founder
    Klinik Arshad
  • "A comprehensive system for my clinic, all the functions we need is there. kumoDoc™ provided training and prompt response when we encountered an issue. The best all-in-one clinic management system."
    MR. ASYRAF, Manager
    Health Junction Clinic

Get in touch with us



    © 2024 kumoDoc™ All rights reserved. | Gocloud Technologies (M) Sdn Bhd 1159598-W (201501034278). Terms of Use | Privacy Policy | Refund Policy
    Run a beauty or wellness business?
    Click here!
    Run a dental clinic? Click here!
    Run a vet clinic? Click here!
    phone-handsetmap-marker